Beijing 2008 berakhir dalam suasana meriah dengan percikan bunga api yang kita dapat saksikan di kaca televisyen. Saya juga tidak ketinggalan menyaksikan upacara perasmian dan penutup Sukan Olimpik Beijing 2008 bersama keluarga.Terdahulu, kontinjen China pasti mahu merayakan kejayaan mereka yang muncul sbagai juara kseluruhan Sukan Olimpik XXIX selepas meraih 51 emas, sekali gus mengetepikan Amerika Syarikat buat pertama kali pada temasya Olimpik.
Amerika Syarikat yang selama ini dianggap kuasa Sukan Olimpik sekadar berpuas hati di tangga kedua dengan kutipan 36 pingat emas. Dan tidak lupa juga Sukan Paralimpik yang akan berlansung selepas ini. Saya mengucapkan Selamat maju jaya kepada atlet Orang Kurang Upaya Malaysia.
China sememangnya layak meraih kejuaraan jika kita melihat berdasarkan kepadatan penduduk yang mencecah 1.3 bilion. Malah negara Asia itu juga berjaya dari aspek penganjuran sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih pungutan pingat emas dan meninggalkan Amerika Syarikat jauh di tangga kedua. China juga buat pertama kalinya berjaya meraih pingat daripada Bagaimanapun, Amerika Syarikat masih boleh berbangga apabila muncul negara yang meraih pingat keseluruhan terbanyak pada temasya kali ini, 10 pingat mengatasi China.
Begitupun, bagi saya andai jumlah penduduk dijadikan faktor kejayaan buat China, berbeza dengan beberapa negara kecil, ia nyata bukan faktor untuk mereka gagal bersaing pada temasya Sukan Olimpik. Jamaica sebagai contohnya, negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 2.7 juta orang itu, memiliki manusia terpantas dunia iaitu Usain Bolt yang meraih tiga emas, dam mengumpul 11 pingat keseluruhan. Australia pula dengan 2.14 juta penduduk boleh berbangga dengan 46 kilauan pingat dengan statistiknya satu ingat untuk 465,000 penduduk.
Dalam pada itu, sebaliknya berlaku kegagalan kepada beberapa negara besar yang gagal meraih sebarang pingat seperti pakistan, Filipina dan Bangladesh. Sementara itu, Kenya yang berdepan dengan konflik politik, tetap berjaya menyediakan kontinjen terbaik apabila meraih 14 pingat secara keseluruhannya termasuk lima pingat emas. Secara keseluruhannya, negara benua Afrika memenangi 40 pingat, iaitu kejayaan terbesar dalah sejarah Olimpik.
Selamat tinggal Beijing..Britian pula bakal menyusul sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2010 di London.
Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Hj. Misbun Sidek di atas pencapaian mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat perak. Rakyat Malaysia berharap agar kejayaan sebegini akan berterusan dan lebih memberansangkan.